Pentaksiran Tingkatan 3 2014



Para pelajar tingkatan tiga smka kerian memulakan kerja kursus bagi pentaksiran tingkatan tiga atau PT3. Subjek yang memerlukan kerja kursus ini ialah Sejarah dan Geografi. Kaedah yang digunakan ialah kajian lapangan. Untuk subjek Sejarah mereka perlu mengkaji tentang perpaduan kaum. Mereka perlu menemu bual penduduk sekitar untuk bertanyakan sebarang pendapat. Untuk subjek Geografi pula mereka perlu mengkaji tentang pencemaran di sekitar kawasan kediaman mereka. Seperti Sejarah calon juga mesti menemu bual untuk mendapatkan pendapat. Setelah mereka membuat kajian tentang kedua-dua tajuk bagi kedua-dua subjek mereka akan mula merangka esei yang bermula daripada 1 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014.

Semoga Mereka Mendapat Keputusan Yang Cemerlang


Eco Warrior SMK Agama Kerian 2014



2014 adalah tahun yang gilang gemilang untuk Smk Agama Kerian. Tahun ini beberapa orang pelajar dari Smk Agama Kerian menyertai program " Toyota Eco Youth 2014 " dengan bimbingan dua orang guru. Di bawah ini tertera nama guru pengiring serta peserta bagi program ini.

    Guru Pengiring:

  1. En Zaidie b. Chee Din
  2. Cik Nik Amelina bt. Nik Adnan

    Peserta:

  1. Muhammad Hakimi b. Mohamad Haris
  2. Eleena Yasmeen bt. Mohd Hamdan
  3. Nurul Amira bt. Mohd yusof
  4. Nurul Nasihah bt. Aminudin
  5. Adibatun Nur Nadiah bt. Ahmad Fadzil
  6. Mohd Hafizuddin b. Mohammad
  7. Muhammad b. Roslan

Marilah Bersama-sama kita menyokong Eco Warrior SMK Agama Kerian

Semangat 2014!!! Selamat Datang SMKA KERIAN



Tahun silih berganti, namun SMKA Kerian tetap mekar maju dalam menjayakan cita-citanya menggapai kecemerlangan yang istiqamah terhadap setiap pelajar.Kini SMKA Kerian melangkah maju untuk merebut peluang mencapai johan di dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan.Pelajar-pelajarnya pula bersemangat dan bergiat aktif dalam acara akademik dan kokurikulum.Guru-guru yang bersemangat mengajar anak didik dan target yang jelas dalam merialisasikan harapan pengetua yang juga menjadi inspirasi bagi seluruh warga sekolah untuk meningkatkan pencapaian.


Mesyuarat Agung!!!



@ 2.11.2013 - 3.11.2013- Baru - baru ini pihak sekolah SMK Agama Kerian telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Guru & Staf Sokongan SMKA Kerian (KRISS - TSC), Annual Dinner 2013 dan Family Day . Selain mesyuarat , para guru dan staf turut mengadakan hari keluarga dan juga makan malam tahunan . Tujuannya , selain berbincang mengenai sekolah guru - guru dan staf dapat berhibur bersama keluarga dan rakan - rakan sepejabat . Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru dan staf .Tujuan program ini juga bagi menghargai segala usaha dan pengorbanan guru dan staf dalam menjamin kejayaan sekolah . Para guru dan staf pastinya akan lebih bersemangat dalam menjalankan amanah mereka pada tahun akan datang .



Makan Malam Kokurikulum


9 November 2013 - SMK Agama Kerian telah mengadakan sebuah majlis makan malam . Majlis ini diadakan setiap tahun dan bertujuan untuk meraikan johan bagi sistem juara pada tahun tersebut . Pada tahun ini rumah hijau muncul juara mengalahkan juara 7 tahun berturut - turut iaitu rumah biru . Kelebihannya , mereka makan secara berhidang dan mempunyai tempat duduk khas , iaitu dihadapan sebuah pentas yang disediakan untuk penyanyi yang merupakan pelajar SMK Agama Kerian sendiri . Malam tersebut sangat meriah , dan diceriakan lagi dengan kehadiran presiden PIBG SMK Agama Kerian iaitu Encik Abdul Hisyam . Diharap rumah - rumah sukan yang lain mampu meningkatkan lagi usaha mereka bagi mengalahkan juara pada tahun ini .